Pages


Thursday, 14 March 2013

The Headhunter Team 1951

Pasukan Elite Pertama Asia Tenggara 1951 ( Sarawak Ranger ) atau lebih dikenali dengan nama The Headhunter Team. Mereka ini juga pernah mendapat mendapat pengiktirafan Pasukan Terbaik Dunia pada ketika itu oleh Sir Gerald Templer. Antara kejayaan dan pengiktirafan: 

Monday, 11 March 2013

Pemilikan Sabah Sarawak kepada Persekutuan Malaysia 1963

1. Waris Sultan Sulu telah menerima ‘cession money‘ sehingga ke hari ini. Ini bermakna waris Sultan Sulu mengakui bahawa Sabah telah diserah (ceded), dan bukannya dipajak (leased), kepada British North Borneo Company.

2. Kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986.

3. Geran pajakan yang dijadikan sumber konflik telah ditandatangani oleh Sultan Sulu, Sultan Jamalul A’lam dengan Gustavus Baron de Overbeck serta Alfred Dent, yang mewakili British North Borneo Company, pada 22 Januari 1878.

4. Sepanyol, yang menguasai wilayah-wilayah Kesultanan Sulu ketika itu, telah menandatangani perjanjian dengan Jerman dan Great Britain pada 7 Mac 1885 untuk melepaskan segala tuntutan terhadap kedaulatan Sabah.

5. Kesultanan Sulu dianggap telah tamat sebaik sahaja Sultan Jamalul Kiram II menandatangani Perjanjian Carpenter pada 22 Mac 1915, yang menyerahkan segala kuasa politik beliau kepada Amerika Syarikat.

Kronologi Pencerobohan Kumpulan Pengganas di Lahad Datu

KUALA LUMPUR - Berikut adalah kronologi pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina di Lahad Datu (12 Feb - 5 Mac) :

  • 12 Feb - Sekumpulan lelaki berpakaian ala tentera dan dipercayai bersenjata yang menaiki bot pancung mendarat di pesisiran pantai Lahad Datu.
  • 14 Feb - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis mengenal pasti kumpulan rakyat Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan ”Raja Sulu” dari selatan Filipina.
  • 14 Feb - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan bagi menangani isu pencerobohan itu sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan berkenaan.
  • 16 Feb - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpulan terbabit bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat ”Kesultanan Sulu” dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal.
  • 18 Feb - Hishammuddin berkata, kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasa bekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan secara diplomasi tanpa pertumpahan darah.
  • 24 Feb - Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Feb lepas.
  • 26 Feb - Tempoh pengusiran mereka tamat, namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu.
  • 28 Feb - Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu.

[GAMBAR] Sekitar Ops Daulat

VAT 69




Sejarah Penubuhan Pada bulan Oktober 1969, lebih kurang 60 daripada 1600 pegawai dan anggota  Pasukan Polis Hutan (sekarang Pasukan Gerakan Am, PGA) telah dipilih dalam sesi latihan Komando 69 dan akan menjalani latihan asas komando. Sepasukan jurulatih dari United Kingdom Special Air Service Regiment (SAS) telah dihantar ke Fort Kemar, Perak untuk melatih platun percubaan Komando 69. Di akhir latihan ini, hanya 30 orang sahaja yang berjaya dan merupakan trup nukleus pertama Komando 69. Kalau nak tahu, British SAS ni merupakan komando terbaik di dunia.